Posts

Kenapa harga berbeza

Image
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ  “Dengan  nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang” Teks & Imej : Kak Eny Isu harga memang tak dapat nak elak untuk orang berbisnes. Pelanggan suka membandingkan harga dengan peniaga - peniaga lain terutama dalam bidang pastri.  Kat bawah ni Kak Eny listkan kenapa harga brownies Kak Eny tak sama macam brownies yang lain. Kak Eny sangat menjaga kualiti brownies serta 'dessert' lain yang Kak Eny buat. 1) Kak Eny guna 'pure butter' yang harganya mencecah RM8-RM12 seketul.  2) Tepung yang Kak Eny guna adalah tepung yang tiada bahan pemutih. 3) Kak Eny tak kedekut bahan 4) Kak Eny buat brownies yang Kak Eny sendiri boleh makan dan bukan untuk jualan semata. 5) Brownies Kak Eny adalah exclusive dan kreatif bukan main letak sahaja dalam kotak.Di buat dengan penuh kasih sayang. Hanya baker sahaja yang tahu kenapa ada perbezaan harga. Mana mungkin Kak Eny akan jual dengan harga kos. Baik Kak Eny ba

Siapa Saya

Image
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ  “Dengan  nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”  Teks : Kak Eni Alhamdulillah , sekali lagi diberi peluang oleh Kak Mas untuk menyertai keluarga ABDR.  Semoga saya dapat memanfaatkan peluang yang diberi dengan baik dan mejandikan blog ini bermanfaat untuk semua berbanding blog saya sebelum ini suam –suam kuku.  Saya  selalu baca blog rakan-rakan blogger yang penuh informasi  malah dapat menjana wang dari blog. Semoga saya juga berada seiring dengan mereka nanti. Terima Kasih sekali lagi untuk Puan Masayu Ahmad, pengasas ABDR kerana tidak jemu memberi semangat untuk saya menulis. Saya perkenalkan serba sedikit tentang diri saya. Nama saya Nor Aini, boleh panggil kak Eni berasal dari Dungun, Terengganu. Ibu kepada  tiga orang cahayamata . Selepas mengambil SPM , Kak Eni melanjutkan pelajaran di Politeknik Dungun dalam jurusan komputer. Syukur Alhamdulillah berkat doa semua,  saya mendapat pekerjaan dalam bidang pen

Tips Hargai Pasangan Super ‘Busy’

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ  “Dengan  nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”  Teks : Kak Eni Imej  Menghargai dan dihargai adalah penting dalam hubungan rumahtangga. Namun pada zaman moden kini agak sukar untuk menikmati masa bersama keluarga disebabkan oleh rutin kerja yang tidak menentu. Tambahan pula jika ada perselisihan faham, memang sukar untuk memujuk. Kebanyakkan pasangan lebih suka berjauhan dan sibukkan diri dengan kerjaya dari memikirkan cara untuk memujuk pasangan masing-masing. Ketahuilah kalian, rajuk yang berpanjangan itu mengeraskan hati yang merajuk. Jangan di layan ego berpanjangan. Hargai pasangan seadanya. Tidak perlu membeli barang-barang yang mahal, cukup sekadar kita menghargai setiap penat lelah pasangan. Kat sini Kak Eni kongsikan beberapa tips untuk menghargai pasangan :-   Jika kedua-dua pasangan bekerja , gunakan khidmat runner atau surprise delivery ke pejabat. Memang kembang semangkuk la. Jika bekerja berdekatan,

Oven Baru

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ  “Dengan  nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”  Teks : Kak Eni Imej : Alhamdulillah. Sebelum ini Kak Eni pernah usha-usha oven baru. Sebabnya oven lama Kak Eni jenis 'old school'. Bajet hanya sekitar RM300. Hajat di hati memang nak oven yang besar, kononnya nak mulakan bisnes masak-masak. Banyak kedai jugakla Kak Eni usha, yang mengikut bajet semuanya kurang menepati citarasa. Sedikit kemurungan berlaku. hehehe... Kalau dah rezeki memang tak ke mana kan? Akhirnya Kak Eni jumpa oven pilihan hati kat sebuah kedai elektrik. Harga lebih bajet sedikit. Tapi memandang oven itu besar nak memenuhi citarasa Kak Eni beli. Harga RM400. Jenis Khind 52liter. Muat untuk loyang 12 x 12. Yeah! Boleh buat brownies dengan cepat. Terima kasih encik asben sudi mendengar rintihan isterimu ini. hehehehe.