Thursday, 5 October 2017

Tips Hargai Pasangan Super ‘Busy’



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


“Dengan  nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang” 



Teks : Kak Eni
Imej 


Menghargai dan dihargai adalah penting dalam hubungan rumahtangga. Namun pada zaman moden kini agak sukar untuk menikmati masa bersama keluarga disebabkan oleh rutin kerja yang tidak menentu. Tambahan pula jika ada perselisihan faham, memang sukar untuk memujuk. Kebanyakkan pasangan lebih suka berjauhan dan sibukkan diri dengan kerjaya dari memikirkan cara untuk memujuk pasangan masing-masing.


Ketahuilah kalian, rajuk yang berpanjangan itu mengeraskan hati yang merajuk. Jangan di layan ego berpanjangan. Hargai pasangan seadanya. Tidak perlu membeli barang-barang yang mahal, cukup sekadar kita menghargai setiap penat lelah pasangan. Kat sini Kak Eni kongsikan beberapa tips untuk menghargai pasangan :-
 

  • Jika kedua-dua pasangan bekerja , gunakan khidmat runner atau surprise delivery ke pejabat. Memang kembang semangkuk la.

  • Jika bekerja berdekatan, ajak pasangan keluar makan bersama-sama.
  • Telefon pasangan dan bertanya khabar walaupun memang anda dah tahu pasangan anda sihat.
  • WhasApp ungkapan sayang ketika berada di pejabat.
  •  Jika isteri suri rumah, sekali sekali ajak isteri keluar makan bersama. Hilangkan stress isteri berada dirumah.
  • Isteri  juga boleh memasak makanan  istimewa /dessert kesukaan suami.  Kemas rumah lain dari biasa, buat kejutan sewaktu suami pulang dari kerja.


 Kak Eni

No comments:

Post a Comment

Siapa Saya

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ  “Dengan  nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”  Teks : Kak Eni Alhamd...