Posts

Showing posts from November, 2017

Kenapa harga berbeza

Image
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ  “Dengan  nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang” Teks & Imej : Kak Eny Isu harga memang tak dapat nak elak untuk orang berbisnes. Pelanggan suka membandingkan harga dengan peniaga - peniaga lain terutama dalam bidang pastri.  Kat bawah ni Kak Eny listkan kenapa harga brownies Kak Eny tak sama macam brownies yang lain. Kak Eny sangat menjaga kualiti brownies serta 'dessert' lain yang Kak Eny buat. 1) Kak Eny guna 'pure butter' yang harganya mencecah RM8-RM12 seketul.  2) Tepung yang Kak Eny guna adalah tepung yang tiada bahan pemutih. 3) Kak Eny tak kedekut bahan 4) Kak Eny buat brownies yang Kak Eny sendiri boleh makan dan bukan untuk jualan semata. 5) Brownies Kak Eny adalah exclusive dan kreatif bukan main letak sahaja dalam kotak.Di buat dengan penuh kasih sayang. Hanya baker sahaja yang tahu kenapa ada perbezaan harga. Mana mungkin Kak Eny akan jual dengan harga kos. Baik Kak Eny ba

Siapa Saya

Image
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ  “Dengan  nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”  Teks : Kak Eni Alhamdulillah , sekali lagi diberi peluang oleh Kak Mas untuk menyertai keluarga ABDR.  Semoga saya dapat memanfaatkan peluang yang diberi dengan baik dan mejandikan blog ini bermanfaat untuk semua berbanding blog saya sebelum ini suam –suam kuku.  Saya  selalu baca blog rakan-rakan blogger yang penuh informasi  malah dapat menjana wang dari blog. Semoga saya juga berada seiring dengan mereka nanti. Terima Kasih sekali lagi untuk Puan Masayu Ahmad, pengasas ABDR kerana tidak jemu memberi semangat untuk saya menulis. Saya perkenalkan serba sedikit tentang diri saya. Nama saya Nor Aini, boleh panggil kak Eni berasal dari Dungun, Terengganu. Ibu kepada  tiga orang cahayamata . Selepas mengambil SPM , Kak Eni melanjutkan pelajaran di Politeknik Dungun dalam jurusan komputer. Syukur Alhamdulillah berkat doa semua,  saya mendapat pekerjaan dalam bidang pen