Kenapa harga berbeza

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

“Dengan  nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”


Teks & Imej : Kak Eny



Isu harga memang tak dapat nak elak untuk orang berbisnes. Pelanggan suka membandingkan harga dengan peniaga - peniaga lain terutama dalam bidang pastri.  Kat bawah ni Kak Eny listkan kenapa harga brownies Kak Eny tak sama macam brownies yang lain. Kak Eny sangat menjaga kualiti brownies serta 'dessert' lain yang Kak Eny buat.

1) Kak Eny guna 'pure butter' yang harganya mencecah RM8-RM12 seketul. 
2) Tepung yang Kak Eny guna adalah tepung yang tiada bahan pemutih.
3) Kak Eny tak kedekut bahan
4) Kak Eny buat brownies yang Kak Eny sendiri boleh makan dan bukan untuk jualan semata.
5) Brownies Kak Eny adalah exclusive dan kreatif bukan main letak sahaja dalam kotak.Di buat dengan penuh kasih sayang.

Hanya baker sahaja yang tahu kenapa ada perbezaan harga. Mana mungkin Kak Eny akan jual dengan harga kos. Baik Kak Eny bagi percuma sahaja, Orang yang tak pernah buat kek tak tahu perbezaan pure butter dengan buttercup atau marjerin. Perbezaan coklat pun sangat ketara untuk memastikan resepi sedap

.
.
JANGAN TAKUT LETAKKAN HARGA! kena amik kira semua kos barang, api, air, minyak, tenaga & masa 😊 orang kata mahal atau taknak beli takpe, sebab fikir ramai lagi yang nak 😊. Kita fokus pada siapa target customer kita dan apa yang kita nak dari hasil jualan kita selain keuntungan.






Kak Eny...

Comments

Popular posts from this blog

Tips Hargai Pasangan Super ‘Busy’

Oven Baru