Siapa Saya

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

“Dengan  nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang” 




Teks : Kak Eni




Alhamdulillah , sekali lagi diberi peluang oleh Kak Mas untuk menyertai keluarga ABDR.  Semoga saya dapat memanfaatkan peluang yang diberi dengan baik dan mejandikan blog ini bermanfaat untuk semua berbanding blog saya sebelum ini suam –suam kuku.  Saya  selalu baca blog rakan-rakan blogger yang penuh informasi  malah dapat menjana wang dari blog. Semoga saya juga berada seiring dengan mereka nanti. Terima Kasih sekali lagi untuk Puan Masayu Ahmad, pengasas ABDR kerana tidak jemu memberi semangat untuk saya menulis. Saya perkenalkan serba sedikit tentang diri saya.

Nama saya Nor Aini, boleh panggil kak Eni berasal dari Dungun, Terengganu. Ibu kepada  tiga orang cahayamata . Selepas mengambil SPM , Kak Eni melanjutkan pelajaran di Politeknik Dungun dalam jurusan komputer. Syukur Alhamdulillah berkat doa semua,  saya mendapat pekerjaan dalam bidang pentadbiran. Tujuan Kak Eni berblog adalah untuk mencari identiti Kak Eni sendiri. Kak Eni sangat suka masakan ala barat dan ‘ desert’ serta menjahit. Selain itu Kak Eni suka membaca buku-buku motivasi. Matlamat utama Kak Eni berblog juga adalah untuk mencari pendapatan kedua kerana Kak Eni ingin menjadi seorang suri rumah bergaji.

Kak Eni akan kongsikan cerita realiti kehidupan seharian seorang wanita yang berkerjaya dan berbisnes disamping menjalani jawatan hakiki sebagai seorang isteri dan ibu. Kak Eni juga akan kongsikan resepi-resepi masakan Kak Eni sebagai rujukan Kak Eni akan datang. Semoga perkongsian Kak Eni dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca blog. Kak Eni juga sangat mengalukan sebarang pandangan dari rakan-rakan blogger. Doakan Kak Eni berjaya menjadi seorang blogger aktif seperti rakan-rakan blogger dalam ABDR.


Kak Eni

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa harga berbeza

Tips Hargai Pasangan Super ‘Busy’